Sabtu, 14 Juni 2014

Yaa Ramadhan

."Jika ramadhan dianggap seperti musim bunga maka ia mekar dengan pahala. Jika diibaratkan musim luruh maka ia adalah daun-daun dosa yang bakal gugur. Jika diibaratkan musim sejuk maka ia dingin dari segala kemaksiatan. Jika diibaratkan musim panas, maka ia bahang pembakar dosa dan semangat untuk beramal pada-Nya..."


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,Kehadiranmu kami dambakan,Kedatanganmu membuahkan keceriaan,Kedatanganmu membawa seribu satu makna..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,Kedatanganmu membawa seribu satu kebaikan,Kedatanganmu membawa kebaikan yang berganda,Kedatanganmu membawa seribu satu keberkatan..


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,Nafsu turut berganda walau syaitan dirantai oleh Allah,Kerana nafsu telah lama bertapak di hati,Kerana nafsu sudah lama bermaharajalela..


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan,
Akan kami manfaatkan kehadiranmu kali ini,
Tidak akan aku sia-siakan kehadiranmu,
Kerana aku takut jika ini adalah kedatanganmu yang terakhir kali buatku..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. ;')

Tidak ada komentar:

Posting Komentar